Monday 12 March 2012

Malas Adalah Teman Kegagalan....

\
ALLAH_ALLAH TUHANKU, AKU TIDAK MEMPERSEKUTUKAN DIA DENGAN SESUATU PUN....


 

Tempat yang paling dibanggakan di dunia adalah yang mempunyai penerangan dan sebaik-baik teman duduk sepanjang masa adalah buku.... ^_^
Kami menganjurkan kepada anda untuk menekuni pekerjaan anda dengan benar. Kemudian janganlah anda berpangku tangan kerana bosan, malas, dan tunduk pada kelalaian. Tetapi bangkitlah dan kemaskan rumah dan perpustakaan peribadi anda. Tunaikanlah tugas anda, dirikanlah solat, bacalah Al-Quran dan buku-buku yang berfaedah, dan dengarkanlah kaset-kaset yang bermanfaat. Duduklah bersama para tetangga dan teman-teman anda. Diskusikan kepada mereka hal-hal yang dapat mendekatkan diri kepada Allah.

Pada saat itu engkau akan menemukan kebahagiaan, kelapangan, dan kegembiraan. Janganlah sekali-kali kamu menyerah pada kekosongan, kerana semua itu akan memberimu penderitaan, kesempitan hati, godaan, keraguan dan kesuraman jiwa yang tidak dapat dihilangkan kecuali dengan menyibukkan diri dengan pekerjaan.

Anda harus memperhatikan penampilan anda, sehingga anda tetap kelihatan cantik, harum di dalam rumah serta kelihatan kemas dan bersih tempat duduk anda. Anda harus menyambut suami anda dengan akhlaq yang baik; begitu pula terhadap anak-anak anda, saudara-saudara anda, kaum kerabat anda, dan teman-teman anda dengan senyuman keramahan dan dada yang lapang.

Aku peringatkan agar engkau menjauhi perbuatan maksiat, kerana ia adalah penyebab kesedihan. Khusunya perbuatan maksiat yang banyak dilakukan oleh wanita, seperti melihat sesuatu yang diharamkan, mempamerkan kecantikan, berkhalwat dengan orang asing (bukan mahram), melaknat, mencaci dan mengumpat atau mengingkari hak-hak suami dan tidak mengakui kebaikannya. Semua perbuatan tersebut banyak dilakukan oleh wanita kecuali mereka yang mendapatkan rahmat Allah. Takutlah engkau akan kemurkaan Allah. Bertaqwalah kepada-Nya kerana taqwa adalah jaminan kebahagiaanmu dan keredhaan-Nya atas hati yang tulusmu..


APABILA KESUSAHAN DATANG MENERPA DIRI DAN KECEMASAN BERTINDIH-TINDIH MENGHIMPIT ANDA; UCAPKANLAH: Laa Ilaha Illallah

Thursday 8 March 2012

Solehah Kah Aku????

Tudungku labuh
Orang kata tudung labuh
Perempuan baik

...Orang kata tudung labuh
Perempuan solehah

Tapi betulkah
Betulkah kata mereka
Solehahkah aku
Baikkah aku
Jika tudung labuh menghijabku???

Tapi....

Ada orang kata
Aku tunjuk solehah
Aku berlagak baik
Nodaku tersembunyi
Di balik besarnya tudung labuhku

Biarlah apa orang kata
Dia, dia dan dia
Niatku satu
Redha-Nya mendampingi
Petunjuk-Nya mendekati

Bukan kerana calon soleh
Bukan kerana pujian manis bibir
Penyempurnaan ibadah menjadi buruanku
\
Janganlah kau nilai bahawa
Panjang tudungku
Panjanglah ibadahku

Aku juga insan biasa
Khilaf selalu
Apabila aku silap
Orang mencerca
Apabila mereka silap
Lumrah manusia mereka kata

Hijab diriku hanyalah satu muhasabah bagiku
Moga aku istiqamah dalam melaksanakan perintah-Nya
Orang juga kata
Aku tak bergaya
Tudung labuh ini menutup seriku
Aku tak kisah
Aku hanya perlu Dia sahaja memandangku

Orang kata ilmu kena tinggi
Jika bertudung labuh
Bagaimana mereka mengukur tahap ketinggian ilmu
Ilmu padaku cuma sedikit

Andai itu ukurannya
Tiada siapa yang layak berhijab labuh
Tudungku bukan menjadi tatapan ajnabi
Tudungku bukan menjadi perbandingan fesyen terkini
Tudungku bukan simbol tingginya agamaku
Tudungku cuma hanya menyahut perintah suci dari-Nya

Sunday 1 January 2012

Jangan Mudah Tertipu

Kawan! Jangan lupa peringatan Rasulullah S.A.W dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari, maksudnya;

"Ada dua nikmat yang menyebabkan ramai manusia tertipu di dalamnya iaitu; kesihatan dan    kesempatan."

     Benar bukan? Bila badan kita sihat dan segar bugar ke manapun senang dan bersemangat. Makan apa sahaja semahu hati sampai-sampai sudah masuk kategori kemaruk makan. Waktu kita begitu sihat, kita lupa yang kita juga boleh atau bakal sakit. Bukan menjadi hairan pula ketika sihat, kita melakukan apa saja sesuka hati semahu perut, termasuk yang dekat-dekat dengan dosa. Kesihatan memang nikmat yang boleh menipu kita, membuatkan kita lupa dari aktiviti yang semestinya kita lakukan.

     Begitu juga dengan kesempatan. Kalau masih ada masa terluang, kita lebih suka bersantai dan bermalas-malasan. Cuba, jika tiba musim liburan, serta-merta kita bersorak kegirangan. Hati kita berbunga-bunga. Bukan disebabkan kita dapat mengerjakan aktiviti yang tidak dapat dilakukan saat kita bersekolah atau kuliah, tetapi kerana semata-mata waktu terluang yang kita anggap itulah saatnya bersantai dan melepaskan penderitaan selama belajar di sekolah atau menghadiri kuliah.

     Ya, kesempatan juga mampu menipu kita. Padahal andai kita faham, waktu terluang itu semestinya digunakan untuk kegiatan yang bermanfaat dan berpahala. Namun kenyataannya sedikit sekali yang mengerti. Sudah terhantuk baru mahu terngadah. Ketika masih jauh dengan waktu peperiksaan atau ujian, kita menjadi terlalu bersahaja dan tidak memikirkannya. Tetapi apabila sudah tiba atau dekatnya hari peperiksaan, baru kita tidak senang duduk diam, mencari dan membaca bahan untuk dipelajari. Maklumlah, selama itu tidak pernah diendahkan tentang pelajaran. Kalau begitu, buat apa sekolah atau kuliah? Kalau sekadar banyak waktu terbuang percuma. Jadi, sayangi dirimu! Jika tidak, macam mana akan ada generasi yang hebat-apabila bakal sang bapa dan si ibu pun kemalasan.